Bagi 3,000 naskah al-Quran, Heliza Helmi buat rakyat Afrika terharu!

Sebut sahaja nama Heliza Helmi, pasti ramai tahu mengenai perjuangan dan misi kemanusian yang dilaksanakan oleh penyanyi bermata comel ini.

Baru saja pulang dari bumi Gaza, dia dan adiknya Hazwani Helmi kini melaksanakan satu lagi bantuan kemanusiaan. Tujuan utama misi ini adalah untuk menghulurkan bantuan amal korban sempena Aidiladha kepada penduduk Afrika.

Bagusnya dua beradik ni!

Menurut posting yang dimuat naik di laman Instagram, pelbagai bantuan telah diterima daripada badan NGO setelah mengetahui misinya ke negara Afrika itu.

View this post on Instagram

Ya Allah, Ya Allah Ya Allah.. Wallahi, ni antara keluarga NGO yang macam keluarga sendiri 😭 _ Ija tak maklumkan pun pada dorang Ija akan fly malam ni ke Afrika, tapi dorang tanya petang tadi dan terus datang airport untuk bagi support siap bagi kotak makanan lagi. Dah la hampir seluruh team @mapimofficial datang airport. Dr @saniarabyalkahery dia tak sihat , doakan Dr @saniarabyalkahery diberikan kesihatan yang baik untuk terus berjuang untuk Ummah! _ Jazakumullahu khair @mapimofficial , sungguh, tak boleh describe betapa terharu bersyukurnya dapat kenal dengan kalian semua. Terima kasih sebab terima kami seadanya seperti keluarga😭 _ Doakan kami _ #TheHelmisMisiAfrika

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

“Ija tak maklumkan pun pada dorang Ija akan fly malam ni ke Afrika, tapi dorang tanya petang tadi dan terus datang airport untuk bagi support siap bagi kotak makanan lagi,” kata Heliza.

Heliza berpelukan dengan penduduk di sana!

Pelbagai foto dan video dikongsikan sepanjang aktiviti kemanusiaan di sana. Namun sebuah posting yang baru dimuat naik pagi tadi telah menarik perhatian ramai.

View this post on Instagram

_ SELAMAT MALAM AFRIKA! ( 1246 malam ) SELAMAT PAGI MALAYSIA! ( 746 pagi ) ASSALAMUALAIKUM SEMUA! ( pantun 3 kerat ) _ @hazwanihelmi @yayasanamalmalaysia @amalqurbanmalaysia #thehelmismisiafrika

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

Menyumbangkan 3,000 naskah Al-Quran

Selain berkongsi keberkatan dalam melakukan ibadah korban bersama, mereka turut mendermakan 3,000 naskah Al-Quran kepada umat muslim di sana!

Ramai yang kagum!

Posting berkenaan meraih perhatian pengikut di Instagram yang rata-rata terharu dengan kebaikan Heliza dan pasukannya serta berharap agar Allah SWT sentiasa merahmati perjuangan mereka.

Inilah salah satu contoh anak muda hebat!
“Berpelukan dengan orang miskin ini lah ubat hati…”Mulianya hati mereka!
“Sangat menginspirasikan!”

Bestnya tengok Heliza dan Hazwani melakukan bantuan kemanusiaan tanpa gentar dengan sebarang ancaman. Semoga mereka ini sentiasa menjadi salah satu inpirasi yang hebat kepada anak muda Malaysia.

Sumber : Heliza Hilmi.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here