Dirempuh pemandu Myvi, 5 orang pemotong rumput sedang berehat di tepi jalan maut

Malang tida berbau, semalam satu kemalangan tragis telah berlaku apabila sebuah kereta Perodua Myvi telah hilang kawalan, lalu merempuh lima orang pemotong rumput.

Kejadian berlaku di tepi Jalan Hatyai-Satun, akibat rempuhan tersebut lima orang pemotong rumput yang sedang berehat di tepi jalan dipercayai maut, manakala seorang lagi cedera parah.

Pemandu dari wanita Malaysia

Difahamkan, Myvi terbabit dipandu oleh seorang wanita Malaysia berusia 30 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Krabi menuju ke Hatyai, Songkhla bersama dua lagi rakannya.

Pemandu hanya mengalami kecederaan ringan, tetapi empat orang mangsa maut di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di Hospital Rattaphum.

Mengikut hasil siasatan, kereta yang dipandu wanita terbabit telah hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh kesemua mangsa yang sedang beristirehat di tepi jalan.

Sumber : Bernama

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here