“Hanna dah lama berkawan dengan ‘benda’ tu…” – Wanita trauma diganggu patung berhantu

Pada sesiapa yang meminati filem seram, pasti ada yang telah menonton filem Chucky dan Annabelle, iaitu kisah patung berhantu yang dikaitkan dengan kuasa mistik.

Namun, bukan hanya dalam filem, seorang wanita baru-baru ini telah menceritakan sendiri pengalamannya sendiri berdepan gangguan disebabkan patung ‘berhantu’.

Menerusi perkongsian di Facebook, dengan nama akaun Puan Muda Nina Dyssabell, kisah bermula apabila membelikan sebuah patung mirip budak perempuan untuk anaknya bernama Hanna, ketika dia sekeluarga bercuti di Sarawak.

Anak dah lama berkawan dengan ‘benda’ tu

Nak dijadikan cerita, Hanna sangat sayangkan patung itu dan tanpa disedari rupanya anak perempuannya itu tidak hanya berkawan dengan patung itu, tetapi berkawan dengan ‘penghuni’ yang menumpang pada patung tersebut.

Kena ganggu, ada uban putih melekat pada badan

Lebih menyeramkan lagi, wanita tersebut mendakwa telah menerima pelbagai gangguan mistik, sehingga setiap malam dia tidak dapat tidur kerana merasakan bagai ada sesuatu yang sedang memerhatikannya.

Dah tak tahan, panggil ustaz memang sah ada ‘benda’ menumpang

Tidak tahan lagi diganggu, wanita berkenaan telah meminta bantuan seorang ustaz iaitu pengamal perubatan Islam yang mengesahkan memang ada ‘benda’ yang mengikutnya.

Buat sesetengah orang, mungkin kisah ini dianggap sebagai mengarut dan tahyul. Namun, tidak mustahil ia benar-benar berlaku, kerana ada makhluk lain yang diciptakan Allah, dimana tidak dapat kita lihat dengan mata kasar.

Sumber :

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here