Kronologi kehilangan & penemuan gadis Ireland, Nora Anne Quoirin

Kehilangan remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, ketika bercuti bersama keluarganya di sebuah resort di Seremban, Negeri Sembilan, telah terjawab dengan penemuan seorang mayat perempuan ditemui di Gunung Berembun.

Berikut adalah kronologinya…

  • 3 Ogos 2019 – Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.
  • 4 Ogos 2019 – Remaja perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya pukul 8 pagi dan operasi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan bermula.

  • 5 Ogos 2019 – Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi Nora Anne dilapor hilang.
  • 5 Ogos 2019 – Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne.
  • 5 Ogos 2019 – Operasi SAR melalui udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.
  • 5 Ogos 2019 – Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam operasi SAR remaja perempuan itu.
  • 5 Ogos 2019 – Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop menafikan kehilangan Nora Anne sebagai kes penculikan seperti dilaporkan media asing. Kes diklasifikasi sebagai orang hilang.

  • 6 Ogos 2019 – Operasi SAR masuk hari ketiga, diteruskan dengan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

  • 7 Ogos 2019 – Pihak polis merakam keterangan 20 individu termasuk ahli keluarga, salah seorang saksi mendakwa terlihat Nora sedang bermain air.

  • 9 Ogos 2019 – Seramai 300 jemaah melakukan solat hajat di Masjid Pantai, sebagai satu ikhtiar untuk menemukan Nora.

  • 10 Ogos 2019 – Genap seminggu Nora hilang, kawasan carian dikecilkan dan orang asli turut membantu mengesan mangsa.
  • 11 Ogos 2019 – Petugas media turut serta dalam carian, 30 buah rumah diperiksa di sekitar kawasan Pantai, Seremban susulan kes kehilangan Nora Anne

  • 12 Ogos 2019 – Pasukan polis dari England, Ireland dan Perancis membantu polis Malaysia melakukan siasatan berhubung kehilangan Nora.
  • 12 Ogos 2019 – Keluarga mangsa menawarkan RM50,000 sebagai ganjaran kepada pihak yang menemukan Nora.

  • 13 Ogos 2019 – Seorang mayat wanita kulit putih ditemui oleh sekumpulan pendaki di di Gunung Berembun, tidak jauh dari lokasi resort.

  • 13 Ogos 2019 – Mayat telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, menggunakan helikopter. Pihak polis yakin bahawa mayat tersebut berkemungkinan Nora Anne
  • 13 Ogos 2019 – Keluarga mangsa membuat pengecaman mayat, telah disahkan mayat yang ditemui adalah milik remaja yang hilang, Nora Anne.

Sumber : Bernama , Harian Metro, NSTP & Berita Harian

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here