Kucing comel selamba tidur di tempat ayam bertelur buat netizen terbahak!

Kucing merupakan antara haiwan yang disayangi oleh manusia. Sikap manja dan mudah mesra rapat dengan manusia menyebabkan haiwan itu kerap kali menjadi haiwan peliharaan.

Kucing buat hal

Kadangkala,telatah comel kucing mampu membuatkan kita tersenyum dengan pelbagai tindakan tidak diduga mereka. Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, dia telah memuat naik beberapa keping gambar kucingnya tidur di sangkar ayam yang sedang megeramkan telur.

Hahahahahhaahhaah 🤣 ah lepak lah lagi kt situ. Haha pic.twitter.com/DYGSbpoc83

— Wan H (@IzwanHs) August 11, 2019

Kongsi sangkar ke?

Telatah lucu kucing peliharaan IzwanHs itu telah menarik minat lebih daripada 11 ribu kicauan di Twitter sejak kelmarin kerana reaksi kucingnya yang tidak mahu berganjak walaupun ayam tersebut sudah muncul di sarangnya untuk mengeramkan telur.

Macam tak ada tempat lain dia nak lepak

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen telah meninggalkan komen diruangan Twitter miliknya dengan menahirkan rasa terhibur melihat aksi kucing comel itu yang dengan selamba menggangu tempat ayam bertelur.

Dia tak kena patuk dengan ayam tu ke?
Ingatkan ayam tu dapat anak kucing

Sumber : IzwanHs

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here