Myvi rempuh 5 warga Thailand, adik pemandu minta dana ikat jamin kakak dikecam hebat netizen

Semalam telah kecoh di media sosial mengenai kemalangan di daerah Rattaphum, Thailand melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh wanita warga Malaysia, menyebabkan lima orang warga tempatan maut.

Tampil menjelaskan kejadian yang berlaku, adik kepada pemandu terbabit menerusi Facebook dengan nama akaun Akma Azalan telah menceritkan apa yang berlaku sebelum kemalangan.

Terlanggar sesuatu dan stering kereta tiba2 lock

Berdasarkan keterangan daripada adik pemandu tersebut, ketika dalam perjalanan kakak memandu dalam kelajuan biasa, sebelum terlanggar sesuatu mengakibatkan kereta hilang kawalan dan stering tiba-tiba terkunci.

Kami hanya cedera ringan, tapi yang dilanggar terkorban

Akibat daripada itu, kereta yang dipandu telah merempuh enam orang pemotong rumput yang sedang berehat di tepi jalan tersebut. Kemalangan itu, pemandu dan penumpang hanya cedera ringan.

Namun. lima daripada mereka terkorban manakala seorang lagi selamat tetapi mengalami kecederaan yang parah. Pemandu tersebut kini ditahan di lokap sementara menunggu ikat jamin berjumlah RM60,000.

Minta sumbangan rakyat Malaysia

Selain menceritakan kejadian yang berlaku, posting tersebut juga bertujuan untuk mengumpul dana untuk mengikat jamin pemandu tersebut yang kini masih lagi dalam tahanan.

Padam jela post ni, kena kecam teruk ni

Walau bagaimanapun, posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, ada yang mengecam tindakan adik pemandu tersebut yang meminta dana orang ramai untuk mengikat jamin kakaknya.

Malah, ada yang lebih gigih sehingga sanggup menyiasat mengenai rekod saman pemandu tersebut, apa yang ditemui terdapat beberapa saman kerana memandu laju.

Kakak awak kena bertanggungjawab dengan perbuatan dia Tak pasal2 kena kecam Baik derma pada keluarga mangsa… Tak payah nak kecam orang, belum kena kat batang sendiri

Sementara, ada juga dalam kalangan warganet yang meluahkan rasa kurang senang mengenai kecaman bertalu-talu yang diterima oleh adik kepada pemandu tersebut.

Sumber : Akma Azalan

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here