Pencarian temui noktah, keluarga Nora Anne ucap terima kasih kepada semua

Penemuan mayat Nora Anne Quoirin yang dijumpai tanpa pakaian di kawasan lurah berdekatan anak sungai telah merungkai tanda tanya selama hampir 10 hari kehilangan gadis itu.

Kehadiran Nora dan keluarga ke Malaysia di sebuah resort di Seremban untuk bercuti telah mengundang tragedi apabila gadis Ireland itu dilaporkan keluar daripada bilik resort dan tidak pulang-pulang.

Terima kasih semua pihak

Selepas misi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pihak berkuasa dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR), mayat wanita berkulit putih itu telah disahkan semalam sebagai Nora Anne dan bedah siasat sedang dijalankan.

Sehubungan dengan itu, ahli keluarga Nora telah menzahirkan ucapan terima kasih diatas segala usaha dan keringat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung mencari gadis kelainan upaya itu.

Semoga bersemadi dengan tenang Nora

Tragedi tersebut telah memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana turut bersimpati dengan kehilangan dan juga penemuan mayat Nora Anne.

Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah diatas keluarga Nora dan berharap agar mereka tabah menerima pemergian anak gadis mereka itu.

Salam takziah buat seluruh keluargaBerita yang menyentuh hati

Sumber : Bernama News Channel

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here