“Tak ada adab….” – Pelakon Diari Ramadan Rafique beri komen pedas di IG Aliff Syukri

Baru-baru ini, usahawan terkenal Aliff Syukri itu dihentam hebat oleh netizen gara-gara luahan seorang gadis comel yang mahu menjadi kurus menerusi IG salah satu portal hiburan.

Justeru, ramai netizen meletakkkan tag IG usahawan tersebut dengan harapan dapat membantu gadis tersebut. Namun, apa yang menjadi isu adalah penggunaan ayat yang digunakan dalam komen maklum balas usahawan itu, dikatakan tidak sesuai.

View this post on Instagram

Ini antara sebab gadis berkenaan mahu bertemu empat mata dengan ushawan berjaya itu. Moga DS Aliff boleh bantu apa termampu, insyaAllah…

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Kenapa nak kena panggil ‘budak gemok’

Menerusi maklum balas tersebut, usahawan berkenaan memanggil gadis comel tersebut dengan panggilan ‘budak gemok’ secara berulang kali, telah mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.

Suka hati jer panggil orang gemok

Jaga la bahasa tu sikit Tak perlulah nak sindir fizikal orang
Rafique sound Aliff Syukri!

Bukan sahaja dihentam warganet, pelakon drama bersiri Diari Ramadhan Rafique, Mirsad Hassan Kulasic juga turut tidak berpuas hati dengan Aliff Syukri, dengan turut memberi komen di salah satu posting mengenai isu tersebut.

Posting tersebut memaparkan, usahawan terkenal itu dengan nada sedih telah membuat permohonan maaf atas ketelanjuran katanya, ekoran daripada terdapat individu melaporkan IG sehingga dua video milik telah dipadam.

View this post on Instagram

abang nak tanya kepada korang semua adakah patut abang bantu adik ini kalau abang dapat 1000 komen tulis komen di bawah 👇🏻👇🏻bantu adik comel ini" abang akan bantu .. . . sebanrya siapa yg report ni??? baik mengaku!! bayangkan vedio abg 2 kali kena delete?? abg teramat sedih gara2 adik ni😰😰😰 Orang Malaysia memang suka mereport ke..ini dah kali ke 2 kena deklete instagram? apa salah abang sampaikan video abang kena hack gara-gara seorang budak ni punya video habis abang punya video kehapus sedangkan penonton melebihi 700,000 view sedih sangat abang sedih sedih-sedih..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Tak adab macam bercakap kau ni

Bagi pelakon berdarah kacukan itu, walaupun usahawan tersebut telah memohon maaf, dia tetap menyifatkannya sebagai tidak beradab dalam mengeluarkan kata-kata, sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat.

Setakat ini, tiada maklum balas mengenai komen pelakon tersebut. Namun, diharapkan Aliff Syukri lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

Sumber : Aliff Syukri & Mirsad Hassan Kulasic

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here