Demam kuning berpanjangan, anak ke-2 Ali Puteh ada masalah jantung terbalik

Pada 6 Ogos yang lepas, pelawak yang semakin meningkat naik, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh telah menimang cahaya mata kedua selepas isterinya selamat melahirkan bayi perempuan.

View this post on Instagram

Alhamdulillah…allahu akbar…isteri sy selamat melahirkan anak perempuan…

A post shared by ALIPUTEH MAHARAJALAWAKMEGA2018 (@syedaliputeh) on

Disahkan ada masalah jantung terbalik

Namun begitu, kegembiraannya menyambut puteri kedua berubah menjadi gusar dan sedikit gementar apabila anaknya disahkan mempunyai masalah jantung terbalik.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Ali di Instagramnya selepas beberapa posting sebelum ini memberitahu anak keduanya kerap tidak sihat dan dimasukkan ke hospital.

View this post on Instagram

Salam semua…doa kan anak sy…sharifah nur ainul mardhiah kuat..doc sahkan anak sy ade masalah jantong terbalik…berat sungguh dugaan allah…semoga anak walid kuat kembali sihat sediakala…doakan ye semua

A post shared by ALIPUTEH MAHARAJALAWAKMEGA2018 (@syedaliputeh) on

Bayi comel yang diberi nama Sharifah Nur Ainul Mardhiah binti Syed Ali Mubarak ini terlihat begitu lemah dengan kondisinya yang berada didalam inkubator bayi.

Ali Puteh sendiri mengakui bahawa dugaan yang diterima kali ini benar-benar berat dan meminta semua pihak agar mendoakan kesejahteraan anaknya itu.

Syafakallah untuk anakanda Sharifah

Sehubungan dengan itu, Instagram adik kepada Abam Bocey ini telah dihujani dengan ucapan takziah dan mendoakan agar anaknya kembali sihat seperti sedia kala. Rakan artis juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa simpati serta berharap supaya Sharifah Nur Ainul Mardhiah segera sembuh.

Kurniakanlah syafaat kepada bayi comel itu

Harap kembali sihat seperti sedia kalaSemoga dipermudahkan urusanAnak kecil biasanya kuat

Sumber : Syed Ali Puteh

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here