“Dia bagaikan tidur dengan kepala di tangan…” – Pendaki dedah keadaan mayat Nora ketika ditemui

Kejadian tragis yang menimpa remaja Ireland Nora Anne Quoirin berusia 15 tahun, yang mayatnya ditemui oleh sekumpulan pendaki di kawasan lurah berhampiran anak sungai.

Walaupun sehingga kini laporan bedah siasat masih lagi dinantikan oleh rakyat Malaysia. Namun, mungkin ramai pihak yang mahu mengetahui bagaimana sebenarnya keadaan Nora ketika ditemui.

Menurut pendaki yang terawal menjumpai mayat gadis malang itu, Sean Yeap berkata, pelbagai spekulasi dan teori mula timbul berdasarkan keadaan mayat Nora ketika ditemui.

Nora mungkin ‘baru’ saja ada disitu…

Bercakap kepada media, Sean mengesyaki bahawa Nora mungkin sahaja baru ‘tiba’ di tempat dia ditemui dimana tidak jauh daripada kawasan resort.

Tambahnya lagi, jika benar Nora sudah lama berada disitu, berkemungkinan besar pasukan penyelamat sudah pasti akan menemuinya.

Dia bagaikan tertidur dengan kepala di atas tangan

Menguatkan lagi teorinya, Sean berkata, Nora ketika ditemui seperti dalam keadaan tertidur dimana tubuhnya terbarang dengan mengiring sedikit, manakala kepalanya diletakkan di atas tangan.

“Dia nampak macam tidur, kepalanya sedang berehat pada tangannya. Tapi kami semua tahu dia sudah meninggal dunia. Ia sangat sedih, dua wanita yang ada dalam kumpulan tidak mahu mendekati mayat dan mula menangis…”

Tiada kesan tapak kaki ditemui di sekitar tempat itu

Sekadar teori, Sean mengandaikan mungkin Nora sudah tersesat di dalam hutan dan berjalan di kawasan air terjun untuk minum air, tetapi jatuh pengsan sebelum mayat ditemui.

Menambahkan lagi spekulasi, jika Nora berjalan mengikut arah sungai, tetapi tiada kesan tapak kaki dijumpai di sekitar kawasan tersebut, melainkan Nora berjalan merentasi sungai.

Inilah adalah sekadar teori, sehingga kini ramai pihak masih lagi menunggu hasil bedah siasat yang dijangka akan diumumkan hari ini. Salam takziah buat keluarga, semoga mereka merima apa sahaja keputusan bedah siasat dengan tabah.

Sumber : Daily Mail

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here