Jemput datang ke rumah, Tokti sambut hari jadi Tun M & isteri penuh meriah

Hubungan akrab antara Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan keluarga penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya sudah diketahui sejak dahulu lagi. Walaupun berlainan bidang, dua figura penting negara kerap kali dilihat berada dalam satu majlis yang sama.

Jemput Tun M & isteri ke rumah

Baru-baru ini Tun Dr. Mahathir dan juga isterinya Tun Dr. Siti Hasmah telah menyambut ulang tahun kelahiran masing-masing serta ulang tahun perkahwinan mereka. Oleh sebab itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti telah mengadakan sambutan hari istimewa kedua-dua orang penting Malaysia di kediamannya sendiri.

View this post on Instagram

Meraikan ulangtahun kelahiran dan ulangtahun perkahwinan Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. . Terima kasih di atas kesudian Tun berdua ke teratak kami dan masa yang diluangkan amat kami hargai. . Menzahirkan rasa hormat dan menghargai itu tidak terbatas syarat apa pun, tidak kira bagaimana caranya tetapi apabila dimaknakan, ia akan mengalir dengan sendirinya. Sederhana dan bermakna. @chedetofficial

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sempat buat persembahan khas

Menurut Tokti, sambutan tersebut dibuat sebagai salah satu tanda dia menzahirkan rasa hormat dirinya kepada insan yang banyak berjasa kepada semua.

Tokti juga berkesempatan mendendangkan beberapa buah lagu yang ditujukan khas buat pasangan negarawan itu.

Contoh yang murni

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet berasa kagum kerana Tokti berjaya menjemput orang terpenting negara untuk hadir ke kediamannya bagi sama-sama meraikan hari ulang tahun mereka.

Mereka juga sempat menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti hasmah di ruangan komen dan mendoakan agar keduanya terus diberi kesihatan yang baik.

Bahagia tengok orang2 hebat

Semoga Allah memberkati keduanya
Buat dekat rumah sendiri pulak tuTokti sambut hari jadi Tun M & isteri
Bukan calang2 dapat jumpa Tun M

Sumber : ctdk

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here