Bapa kritikal sejam sebelum nikah, wanita tabah hilang ayah sehari selepas jadi isteri

Pernikahan merupakan hari paling istimewa untuk setiap bakal pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Namun begitu, tidak semua perancangan yang telah dibuat akan berjalan dengan lancar.

Tahniah & takziah

Hal tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menceritakan kisah rakannya yang terpaksa menangguhkan majlis pernikahan dan persandingan kerana bapa tersayang berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Pakai baju nikah bekejar ke hospital

Kawan kepada pengantin tersebut telah menceritakan serba sedikit mengenai keadaan yang berlaku pada hujung minggu yang lalu mengenai majlis pernikahan rakannya yang ditngguhkan apabila mendapati bapa pengantin sedang kritikal di hospital.

Dengan berpakaian nikah, dia telah bergegas ke sana dan pernikahan itu tidak berlaku pada malam tersebut.

Majlis sanding tukar jadi majlis makan-makan

Sehubungan dengan itu, majlis persandingan pada keesokkan harinya telah tertukar menjadi majlis makan-makan sahaja kerana menghormati keadaan bapa pengantin yang masih kritikal.

Nikah lepas 2 hari majlis tertangguh

Selepas dua hari majlis ditangguhkan pasangan pengantin telah selamat bernikah dalam suasana yang serba sederhana.

Namun begitu, pada keesokkannya bapanya telahpun menghembuskan nafas terakhir selepas dia bergelar isteri.

Masih mampu tersenyum

Perkongsian daripada Laila iaitu rakan kepada pengantin perempuan itu benar-benar meruntun hati kerana menunjukkan betapa kuatnya seorang wanita yang terpaksa berhadapan dengan perkara sedih di hari bahagianya.

Terima kasih sahabat

Menerusi thread tersebut juga, pengantin perempuan yang bernama Laila telah mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya kerana mengambil berat akan dirinya.

Sumber : Lailasyaf, Nisajedahla

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here