“Dia, saya hanya manusia biasa…” – Sherry minta netizen maafkan Mark Adam

Nama Mark Adam hangat diperkatakan sejak semalam, berkaitan isu gurauan yang mengenai saiz badan pengacara Sherry Alhadad, pada konsert pertama Big Stage musim kedua.

Selepas isu tersebut, Mark Adam telah menerima pelbagai kritikan dan kecaman, namun ketika itu Sherry hanya mengambil langkah untuk tidak memberi sebarang komen.

Maafkan dia kawan-kawan…

Namun baru-baru ini, Sherry tampil memberi maklum balas di dalam ruangan komen video permohonan maaf Mark Adam kepadanya.

Di dalam komen tersebut, nampaknya Sherry telah memaafkan Mark. Malah, pengacara itu juga berharap agar orang ramai dapat memaafkan Mark juga.

Alhamdulillah kedua-dua pihak dah berbaik

Rata-rata netizen memuji sikap professional yang Sherry, yang tidak mudah melatah dan tenang sahaja mengenai isu berkaitan dirinya.

Baiknya hati you…Terima maaf dengan ikhlas…
Respect dengan sis…

Sumber : Mark Adam & Sherry Alhadad

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here