Naikkan sedikit harga akhbar, Utusan Malaysia tak jadi henti pengeluaran

Sejak semalam, berita penutupan syarikat akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! telah menyebabkan ramai pihak terkejut. Khabar angin megatakan bahawa hari Rabu pada minggu ini adalah hari terakhir akhbar tersebut dijual.

Tak jadi henti pengeluaran

Namun begitu, petang tadi, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir telah menafikan bahawa akhbar tersebut akan dihentikan pengeluarannya.

“Tidak benar kita hendak tutup (henti operasi). Betul kita hadapi masalah. Tetapi kita ada pelan untuk meningkatkan perniagaan,” – Katanya.

Dinaikkan harga

Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa kedua-dua akhbar tersebut akan dinaikkan sedikit harga berbanding harga asal bermula minggu ini.

Syarikat akhbar tersebut telah mengambil keputusan untuk menaikkan harga akhbar Utusan Malaysia daripada RM1.50 senaskhah kepada RM2.00 senaskhah manakala Kosmo! daripada RM1.00 kepada RM1.50 senaskhah mulai Jumaat.

Semoga berkarya dengan telus

Berhubung perkara itu, menerusi Facebook Utusan Online, rata-rata warganet berasa bersyukur dan teruja untuk membeli akhbar tersebut pada esok hari bagi menunjukkan sokongan kepada syarikat akhbar tertua negara itu.

Mereka telah menurunkan komen dengan kata-kata positif dan menerima baik cadangan menaikkan harga akhbar tersebut.

Mari bantu UtusanSemoga terus kekal

Sumber : Utusan Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here