Tuah ‘Hantu Kak Limah’, selepas 30 tahun Delimawati tercalon top 5 ABPBH ke-32

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu, berkat hasil usaha yang ikhlas dan bersungguh-sungguh, cepat atau lambat pasti akan mendatangkan hasil.

Siapa sangka, selepas hampir 30 tahun berkelana dalam industri hiburan, pelakon senior, Dalimawati Ismail tidak pernah terfikir tercalon dalam senarai top 5 Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32).

Dalam usia begini, bersaing dengan artis2 muda

Bertanding dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, nama Delimawati mula mencanak naik selepas kejayaan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

“Filem Hantu Kak Limah merupakan salah satu faktor yang menaikkan nama saya dalam industri hiburan, terima kasih diucapkan kepada pengarah Mamat Khalid yang memberi peluang kepada saya…”

Ada harapan untuk menang…

Tambahnya, dia berasa terharu dengan kepercayaan yang diberikan ini, meskipun berhadapan dengan pesaing yang cukup hebat dan lebih muda berbanding dirinya, antaranya Erra Fazira, Mira Filzah, Hannah Delisha dan Uqasha Senrose.

Namun, pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, memasang hasrat yang tinggi untuk dinobatkan sebagai juara bagi kategori yang dipertandingkan.

Getaran ABPBH32 kian terasa, anugerah berprestij itu akan berlangsung pada 22 September ini dan bakal mempertandingkan 15 kategori utama berserta 5 kategori online.

Pencalonan Delimawati telah membuktikan bahawa, masih ramai peminat industri hiburan memfokuskan kepada bakat, dan bukanlah berpaksikan pada kontroversi dan pengikut di laman sosial semata-mata.

Sumber : Astro Gempak

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here