Utusan & Kosmo sah ditutup Neelofa hulur bantuan, Azhan Rani luah rasa rasa terkilan

Tiada siapa menyangka, akhbar Utusan Malaysia yang merupakan antara akhbar terawal di negara ini dan sangat dikenali ramai, kini bakal tinggal sejarah apabila dijangka tutup pada Rabu ini.

Bukan sahaja para pembaca yang terkesan dengan penutupan syarikat media tersebut, golongan selebriti juga turut terkejut dan berdukacita dengan berita tersebut.

Utusan banyak bantu karier Lofa dari awal

Bagi pelakon dan usahawan berjaya, Neelofa, Utusan Malaysia antara media yang banyak membantu dirinya untuk lebih dikenali dalam bidang hiburan, sejak dari awal pembabitannya.

Malah, pengacara MeleTop itu sempat membuat satu tweet meminta agar ada syarikat yang memerlukan pekerja tampil memasang iklan di ruangan komen.

Devastated to hear about the current state of Utusan, diorang banyak bantu career Lofa dari awal. So, I want to return the favour. Kalau korang kenal anyone from HR or any companies looking to hire, drop the details below! https://t.co/PWnLOcn7PN

— Neelofa (@Neelofa) August 19, 2019

Utusan & Kosmo terkubur, buat hati aku remuk

Sementara itu, pelakon Azhan Rani juga ada memuat naik foto keratan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan berita mengenai kariernya buat pertama kali pada tahun 1994.

View this post on Instagram

24 september 1994 itulah kali pertama muka ni masuk dalam utusan malaysia.. pertandingan drama sekolah2 malaysia anjuran @dbpmalaysia dan #utusanmalaysia juga @rtm_malaysia .. di situlah permulaan aku. bak kata rakan wartawan dari syarikat utusan ni “masuk berita tu satu rahmat, nak2 pula berita gembira” Allahuakbar.. dan ahad lepas rupanya dalam akhbar sisipan #pancainderamingguanmalaysia mungkin adalah kisah terakhir aku di utusan malaysia.. sayangnya aku tak sempat simpan keratan ini sebab sibuk mendaki di baling kedah.. pagi ni godek2 jumpa dalam utusan online. terlalu banyak utusan mengiringi perjalan seni aku ni.. terbayang wajah2 wartawan utusan dan kosmo yang pernah interview aku, buat photoshoot, sidang media dan sebagainya hati ini jadi sayu. aku hanya orang kecil.. selain kata semangat dan simpati apa lagi yang boleh aku buat.. berita utusan dan kosmo akan berkubur ni buat hati aku remuk.. seteruk inikah negara ini hari ni.. takde ke tangan dan kuasa yang mampu membantu utusan agar terus menjadi saingan akhbar perdana di negara ini. pada aku negara yang hanya dengan 1 akhbar perdana bagai negara yang hanya ada 1 parti politik.. macam mana tu? aku masih mengharapkan sesuatu yang ajaib dapat menyelamatkan utusan malaysia agar terus kekal relevan merentasi zaman.. terlalu banyak jasamu utusan bukan saja untuk perjalanan seni tapi perjalanan malaysia ini. ya, usia utusan sendiri lebih dari usia kemerdekaan negara ni. antara kata2 diakhir perbualan dengan rakan wartawan aku tadi “datang lah malaikat ambik utusan dan jaga dia, kami akan kerja dengan penuh dedikasi” .. runtun hati aku mendengar luahan ini.. mohon siapa pun yang punya kuasa, punya pengaruh, punya wang, punya kepercayaan yang kami rakyat malaysia berikan.. selamatkanlah akhbar yang pernah menjadi akhbar kesayangan rakyat malaysia ini. salam solidariti buat semua warga kerja #utusanmalaysia dan #kosmo.. semoga kasih sayang dan rahmat Allah melindungi kalian semua ❤️❤️

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Jelasnya, penutupan dia syarikat media tersebut bagaikan satu yang amat mendukacitakan, dan berharap agar ada pihak yang tampil membantu membangunkan semula Utusan Malaysia dan Kosmo.

Diharapkan, para petugas mendapat pembelaan dan akan ada peluang pekerjaan yang lebih besar menanti terutamanya dalam bidang media.

Sumber : Azhan Rani & Neelofa

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here