Video spontan jadi fenomena, Syahmi Sazli dapat trofi daripada Youtube

Siapa sangka drama spontan berdurasi kira-kira 15 minit yang dihasilkan seorang Youtuber, Muhammad Syahmi Sazli menjadi video fenomena di negara ini.

Lebih membanggakan apabila pemuda berusia 24 tahun itu meraih trofi ‘YouTube Gold Play Button’ setelah mendapat lebih sejuta pengikut di laman Youtube miliknya minggu lalu.

Ini sekaligus membuatkan hasil usaha dan kerja keras bekas penuntut dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu berbaloi selepas menanti selama tiga tahun.

View this post on Instagram

Alhamdulillah dah sampai #youtubegoldplaybutton 👏 . Terima kasih buat semua yg pernah, masih dan sentiasa ada dengan mi selama 3 tahun ni. . Terima kasih buat semua yg tak putus putus support kami @syahmisazliproduction❤️ . Dan kepada yg pernah mendoakan kejayaan mi, jangan risau, "Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, "Dan bagimu juga kebaikan yang sama" [HR Muslim]

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on

“Terima kasih buat semua yang pernah, masih dan sentiasa ada dengan Mi selama 3 tahun ni. Terima kasih buat semua yang tak putus putus beri sokongan kepada kami,” tulisnya.

Pencapaian luar biasa itu mengundang perhatian netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah serta berhasrat akan terus menyokong penglibatan Syahmi dalam video yang dihasilkan.

Rezeki Allah tak salah alamatHebat anak Kelantan
Tahniah!Bangga jadi pengikut sejak dulu!

Terdahulu drama spontan lakonan Syahmi, sepupunya Muhammad Asyiff Suhaimi (Asif) dan rakan mereka, Muhammad Ashrul Hakim Lukman (Yoe Parey) sudah mencecah tiga juta tontotan setakat ini.

Sumber : Syahmi Sazli

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here