Bahagia dengan keluarga, Tokti sambut ‘anniversary’ ke-13 penuh sederhana

Hari ini genap 13 tahun usia perkahwinan penyanyi nombor satu negara itu Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan pasangannya iaitu Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa.

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mesra disapa Tokti telah pun diijab kabul pada 21 Ogos 2006 dengan Datuk K ketika beliau berada di puncak kejayaan ketika berusia 27 tahun.

Genap 13 tahun layari alam perkahwinan

Perkahwinan yang telah diserikan lagi dengan kehadiran seorang puteri comel, Siti Aafiyah Khalid membuatkan pasangan secocok ini semakin bahagia.

Semalam, mereka telah mengadakan sambutan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang dibuat di kediaman sendiri dalam keadaan yang sederhana. Tokti juga sempat memuat naik gambar-gambar sepanjang majlis tersebut berjalan.

View this post on Instagram

Sambutan sederhana ulangtahun perkahwinan ke-13 saya dan suami, alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami selama ini. #ctdk13

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

View this post on Instagram

Sambutan sederhana ulangtahun perkahwinan ke-13 saya dan suami, alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami selama ini. #ctdk13

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Rakan artis turut datang

Turut kelihatan di majlis sambutan hari ulangtahun perkahwinan Tokti ini adalah rakan artis seperti Ernie Zakri, Syamel dan juga Mark Adam yang sempat membuat persembahan dengan menyampaikan beberapa buah lagu.

View this post on Instagram

Sambutan sederhana ulangtahun perkahwinan ke-13 saya dan suami, alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami selama ini. #ctdk13 . Terima kasih @markadam1079 @erniezakri @syamel_official

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Semoga terus dilimpah rahmat sekeluarga

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Instagram Tokti dengan mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-13 buat dirinya serta suami. Mereka turut mendoakan penyanyi kesayangan ramai ini terus berbahagia dan mendapat kesejahteraan bersama keluarga baik di dunia mahupun di akhirat.

Tokti & Datuk K is sooo cute!

Semoga bahagia sampai syurga
Happy anniversary Tokti!

Sumber : ctdk

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here