“Bunyi macam sakit…” – Zul Ariffin tergelak, sebab terkejut makan pelempang padu Mira Filzah

Mungkin ramai yang bersetuju apabila dikatakan nama Zul Ariffin cukup dikenali dalam industri perfileman di Malaysia, menerusi watak penuh aksi.

Dimaklumkan, filem bertajuk Sangkar tidak lama sahaja lagi akan ditayangkan di Malaysia menampilkan juga pelakon Mira Filzah dan Remy Ishak.

Tergelak kena lempang dengan Mira Filzah

Baru-baru ini, pelakon berbadan sasa itu telah memuat naik satu rakaman video belakang tabir lakonannya bersama Mira, menerusi laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Belanja you guys video me kene lempang dgn @mfmirafilzah , tak boleh tahan nak gelak because kene lempang and terkejut at the same time🤣 i saw even @remyishak pun terkejut together 🤣 memorable moment, we all had fun! . #SangkarMovie

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Video tersebut memaparkan babak dimana Mira Filzah terpaksa menampar wajah Zul Ariffin, namun babak tersebut tidak menjadi kerana pelakon kacak itu tergelak.

Jelasnya, dia agak terkejut selepas dilempang sebanyak dua kali oleh Mira Filzah, malah Remy yang juga berada dalam babak tersebut, juga terkejut melihat tamparan hebat yang berikan oleh pelakon kecil molek itu.

Rupanya lebih 6 kali kena lempang

Tambahnya, babak tersebut akan menjadi kenangan buat mereka dalam menjayakan filem Sangkar. Sementara itu, Mira Filzah membalas di ruangan komen, tidak menyangka rupanya dia telah banyak kali menampar wajah pelakon kacak itu.

Kaki lempang orang rupanya Mira ni

Video tersebut mendatangkan pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya berasa terhibur dengan gelagat para pelakon filem Sangkar. Malah, ada juga yang tidak sabar menantikan hasil lakonan gandingan Zul Ariffin dan Mira Filzah.

Ulang banyak kali biar rasa sakit kena lempangZul kena lempang rasa geli ke?

Sumber : Zul Ariffin

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here