Penonton ‘Sweet Dream’ geli hati, lihat lakonan PU Azman tangkap cintan dengan mak Puteri

Drama bersiri ‘Sweet Dream’ arahan Michael Ang kini semakin mendapat tempat di hati para penonton Malaysia, drama yang kini sudah memasuk 10 episod, memaparkan babak-babak yang lebih menarik.

Namun pada episod lepas, penonton lebih tertarik dengan babak antara watak Puan Lola yang dilakonkan oleh Nina Juren dan Tuan Fadil, yang digalas oleh PU Azman.

Dalam drama tersebut, Puan Lola adalah ibu kepada Puteri (Mira Filzah) dan Tuan Fadil melakonkan watak sebagai bos. Babak tersebut memaparkan detik pertama kali Tuan Fadil berjumpa Lola.

Dah jatuh dengan mak Puteri

Maka daripada situlah, Tuan Fadil telah jatuh cinta dengan Lola selepas melihat gelagat Lola sedang membebel mengenai bekas suaminya, lakonan Roy Azman, kepada anaknya Puteri.

View this post on Instagram

Kau dah jatuh cinta dengan mak Putri ke Fadhil??. . Malam ini episod 10. . #dramaSweetDreams

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

Lunturkan kopiah nak matching rambut perang Lola

Antara babak yang lebih lucu adalah, ketika Tuan Fadil sanggup melunturkan kopiah yang dipakai, semata-mata mahu sepadan dengan rambut perang Lola.

View this post on Instagram

Mula-mula memang si Lola ni tolak. . #dramaSweetDreams

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

Macam ni rupanya cik Man angau

Sedutan babak yang dimuat naik oleh PU Azman itu telah membuatkan para penonton berasa terhibur, sehingga terdapat lebih daripada dua ribu komen.

Ulang banyak kali sebab lawak sangata

Comel jer PU Azman ni…
Suka tengok Cik Man berlakon…

Sumber : PU Azman

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here