Pergi tanpa mahram, Hajjah Erra Fazira selamat pulang ke tanah air

Musim haji akhirnya sudah sampai di penghujung, maka para jemaah yang menunaikan haji nampaknya mula beransur pulang ke tanah air.

Begitulah juga dengan selebriti terkenal, Erra Fazira yang baru-baru ini dikhabarkan telah pun pulang dari tanah suci dan disambut oleh anak perempuannya, Engku Aleesya.

Anak sambut kepulangan Hajjah Erra

Perkara itu dimaklum menerusi Instagram, oleh juru solek, Othong Danish dalam satu video pendek, memaparkan pelakon tinggi lampai itu baru tiba di perkarangan lapangan terbang.

View this post on Instagram

Alhamdulilah syukur ya allah Rara… hajjah erra fazira @errafazira Selamat sampai 🥰❤️ @intanzabidin #habsahhassan

A post shared by OthongDanish (@iamothongdanish18) on

Selaku rakan, jurusolek tersebut menzahirkan rasa syukur dengan kepulangan sahabatnya itu, yang kini membawa gelaran sebagai seorang Hajjah.

“Alhamdulilah syukur Ya Allah Rara… hajjah Erra Fazira..selamat sampai…”

Terdahulu, Erra yang sebelum ini memutuskan untuk pergi menunaikan haji bersendirian tanpa ditemani mahram, kini sudah pun selamat menjalani ibadah haji.

Sumber : Othong Danish

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here