Selepas adik Ainul, kanak2 lelaki hidap kanser di wajah perlu bantuan

Kisah mengenai penderitaan adik Ainul Mardhiah yang telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya pasti tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia.

Terbaru, seorang kanak-kanak lelaki Muhammad Shah Daniel tular di laman Facebook setelah dipercayai menghidap sejenis ketumbuhan kanser tahap empat di wajahnya.

Menerusi posting yang dimuat naik Qaira Malfiq Rezki Gie, kanak-kanak berusia setahun itu sedang menjalani rawatan di Hospital Mersing, Johor dan amat memerlukan sumbangan orang ramai.

“Lihatlah betapa deritanya adik Daniel. Bantulah selagi mampu..”Nombor telefon untuk dihubungi

Nombor akaun bank untuk sumbangan

Posting berkenaan mengundang keprihatinan warga Facebook dengan menerima lebih 10,000 perkongsian dan rata-rata mendoakan agar penderitaan adik Daniel segera menemui jalan penyelesaian.

Semoga ada keajaibanPermudahkanlah urusan anak syurga ini

Semoga Allah beri kesembuhan

Sumber : Qaira Malfiq Rezki Gie

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here