“Tak comel mana pun…” – Siti Aafiyah ada ‘haters’, Tok Ti dituduh obses dengan anak

Dalam dunia ini, sebaik macam mana pun kita, sudah pasti ada yang ingin membenci, kerana ada sahaja perkara buruk mengenai kita yang mahu dicetuskan.

Begitulah yang terjadi kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, apabila anaknya Siti Aafiyah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman.

Menyampah aku tengok gambar anak dia

Baru-baru ini, salah seorang netizen telah memberikan komen negatif mengenai anak kepada penyanyi tersohor itu, sehingga pelbagai tuduhan tidak berasaskan dilemparkan.

Fizikal Aafiyah pun kena kecam

Lebih menyedihkan, ada yang menuduh kononya Dato Siti terlalu obses dengan anaknya, disambil mahu menayangkan harta kekayaan di khalayak ramai.

Paling teruk lagi, ada juga yang didakwa menghina fizikal dan wajah Aafiyah, Kata mereka, Aafiyah tak comel, hidung tak berapa nak mancung.

Tidak sangka, anak sekecil itu masih juga ada yang mahu membenci dan mengeji. Apa salah Datuk Siti mahu memaparkan anaknya yang selama sebelas tahun dia tunggu, justeru sudah pastilah dia teruja dengan kehadiran Aafiyah.

Kita sesama manusia sepatutnya berfikiran dengan terbuka, jangan hanya tahu memandang sesuatu perkara berpaksikan emosi dan perspektif negatif.

Sumber : MHETV

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here