“Tak payah beg tangan, cukup la jiwa emas yang awak bagi..”

Penyanyi Stacy Anam meluahkan rasa syukur setelah dikurniakan seorang suami yang membawa kehidupan lebih bermakna selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Terbaru, Stacy atau nama penuh Ummu Syaikhah Stacy Anam memberi dedikasi istimewa buat suaminya, Akim Ahmad dengan memuat naik dua keping gambar di laman Instagram.

Menurut penyanyi berusia 29 tahun itu, suami dan anak-anak merupakan hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya pada Ahad lalu.

View this post on Instagram

Siapa cakap Savo saya kuyush tidak tagap tu ah? X nampak kah parit ninin dia yang luas terbentang tu chinggg😝 Dia sedih tiada apa yang dapat dibagi di harijadi saya haritu. Hari-hari pun u dah bagi i kehidupan yang bermakna untuk memori kehidupan i ni ying. I bersyukur sangat🥰 Alhamdulillah ada u dan anak-anak adalah hadiah yang cukup untuk i senyum dan bersyukur setiap hari. Biarlah dugaan dan ujian datang mencuba kita ni dijadikan iktibar dalam kehidupan kita untuk menjadi manusia yang lebih teliti dan berfikiran rasional lepas ni. Bila kita selalu mengalah dan bersabar tu tidak bermakna kita nak jadi orang bodoh tapi cukup untuk kita nak cakap kita tenang2 saja😌 hidup kena positif dan harmoni, Buang air yang keruh dan tukar dengan air yang dah ada Filter👍🏻 Yang penting kena selalu saling mengingati antara satu sama lain In Sha Allah cepat atau lambat kita pasti dapat impian kita sama2 as long as kita sentiasa ikhlas, mencari rezeki yang halal dan jangan ambil hak orang. Duit boleh dicari Insyallah, tapi kehidupan yang Harmoni dan dapat senyum bersama orang2 yang ikhlas berjuang bersama kita tu bukan senang. Dan kita bersyukur dengan orang2 yang ada di dalam lingkungan tu Alhamdulillah… Terima Kasih untuk lagu Yang Satu u tujukan untuk i tu Ying. Terasa seperti bidadari cantik pula bila kena tuju lagu ke kita ni chingg hahahha😝 Siapa yang sudah dengar lagu Yang Satu dari Akim & the majistret haritu? Sweet untuk buat penghargaan bini-bini kan😍 Xyah handbag bagai untuk i ying cukup lah untuk jiwa emas yang u berikan pada i selama ni❤️ Alhamdulillah.. #mestihidungsayaikutkembang😆 #lakibinichunli #jiwangjiwanglukk #akubersyukur

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

“Alhamdulillah u dan anak-anak adalah hadiah yang cukup untuk i senyum dan bersyukur setiap hari. Biarlah dugaan dan ujian datang yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan,” katanya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia turut memberi peringatan kepada dirinya agar terus sabar dan sentiasa berfikiran positif serta ikhlas dalam mencari rezeki yang halal.

“Hidup kena positif, mencari rezeki yang halal dan jangan ambil hak orang. Duit boleh dicari tapi kehidupan yang harmoni & dapat senyum bersama orang2 yang ikhlas berjuang bersama kita tu bukan senang,” ujarnya.

Dia turut berterima kasih kepada Akim kerana menghasilkan sebuah lagu istimewa berjudul Yang Satu yang baru dilancarkan tiga hari lalu.

“Terasa seperti bidadari cantik pula bila kena tuju lagu ke kita ni. Tak payah beg tangan bagai untuk i, cukup lah untuk jiwa emas yang u berikan pada i selama ni,” katanya.

Kecomelan pasangan itu mendapat pelbagai pujian ramai dan rata-rata mengakui wajah mereka kelihatan hampir sama serta berharap agar rumah tangga yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.

Kenapa comel sangat ni?

Ada yang memerhati, jangan tayang suami seksiSemoga korang tabah hadapi semua dugaan!Muka sama, kuat jodoh ni

Sumber : Stacy Anam

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here