Akhiri zaman bujang tahun depan, Zul Ariffin pilih gadis bukan Muslim?

Siapa tidak kenal pelakon berbakat dan mempunyai susuk tubuh yang segak iaitu Zul Ariffin. Dia yang sedang sibuk mempromosikan filem terbaru lakonannya iaitu Sangkar turut tidak terlepas dari ditanya mengenai hal-hal peribadi.

Tarikh 2020 cantik untuk berumah tangga

Menerusi Mstar Online, Zul Ariffin telah memaklumkan bahawa merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan dengan gadis pilihan hati.

“Saya merancang untuk mendirikan rumahtangga pada tahun 2020 memandangkan tarikh pada tahun depan cantik dan bersesuaian.” -Katanya.

Bukan beragama Islam

Walau bagaimanapun, Zul menjelaskan dia belum bersedia untuk mendedahkan siapakah gadis yang bakal menjadi suri hatinya memandangkan terdapat beberapa sensitiviti yang perlu dijaga.

Tambahnya lagi, gadis yang berjaya menawan hatinya pada waktu ini bukanlah beragama Islam.

“Sebabnya ia ada berkaitan agama, wanita itu bukan Muslim dan saya tak mahu orang kata wanita itu peluk Islam hanya kerana nak kahwin.”

Gadis yang dulu ke?

Terdahulu, Zul Ariffin pernah digosipkan rapat dengan seorang model kelahiran Ukraine yang dikenali sebagai Tanya Glembotska selepas kerap memuat naik gambar bersama seorang lelaki mirip Zul Ariffin ketika berada di Thailand.

Namun begitu, gosip tersebut seakan senyap dan berlalu begitu sahaja. Hubungan antara mereka juga tidak dapat dijelaskan dengan terperinci memandangkan pelakon itu memilih untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sebelum ini.

Sumber : Mstar Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here