Filem kamera rosak, tapi hasil gambar ‘tak sengaja’ buat warganet tersentuh

Gambar merupakan satu perkara yang boleh membantu setiap individu untuk mengimbau kembali kenangan dalam sesuatu situasi.

Hal ini bukan sahaja dapat menggamit memori malahan turut mengingatkan kita kepada seseorang ataupun keadaan dalam gambar yang diambil.

Kamera filem ada masalah tapi…

Namun begitu, tidak semua gambar yang diambil akan sempurna. Ada juga gambar yang telah pun diambil rosak dan tidak boleh dibaiki terutamanya jika menggunakan gulungan filem.

Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsikan di Twitter, seorang pengguna telah memuat naik beberapa gambar yang ‘rosak’ itu namun terlihat begitu bermakna sekali.

Semua diambil secara tak sengaja

Pengguna Twitter yang menggunakan nama Fatin Amir ini telah menjelaskan bahawa gambar-gambar tersebut diambil secara tidak sengaja dari kamera milik kakaknya dan langsung tidak dirancang.

Sebak pulak tengok gambar 2 situasi tu

Sehubungan dengan itu, muat naik tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata mereka telah meninggalkan komen di ruang Twitter Fatin Amir dengan memuji hasil yang diperoleh daripada kejadian yang tidak disengajakan itu.

Gambar yang betul2 menyentuh emosi

Sumber : Fatin Amir

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here