Kabinet bakal dirombak, portfolio beberapa menteri akan ditukar

Rombakan pertama Kabinet dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dijangka berlaku pada bila-bila masa dan beberapa menteri akan ditukar portfolio mereka.

Menurut sumber, perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi satu mesyuarat Kabinet semalam.

“Pengumuman mengenai rombakan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan Kabinet dimaklumkan akan berlaku perubahan.

“Dr Mahathir juga menyatakan beliau akan bertemu dengan ketua parti pada sebelah petang,” kata sumber itu kepada The Star.

Tambah sumber itu lagi, ini merupakan kali pertama Dr Mahathir bercakap secara terbuka dalam mesyuarat Kabinet mengenai rombakan portfolio menteri sedia ada.

Sumber lain turut berkata Dr Mahathir hanya memberitahu beliau akan ‘menyusun semula portfolio’ dan percaya bahawa tiada perubahan dalam barisan menteri sedia ada.

“Menteri dan kementerian yang sama tetapi portfolio akan disusun semula. Saya fikir itu maksud PM,” ujar sumber terbabit.

Dr Mahathir turut melakukan pertemuan dengan pemimpin tertinggi tiga parti Pakatan Harapan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail petang semalam.

“Beliau mahu bertemu dengan empat pemimpin yang mengetuai parti ketika Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan pada 2018.

“Sebab itu Dr Wan Azizah yang ketika itu presiden PKR menyertai mesyuarat tersebut. Itu hanyalah satu pertemuan dengan PM untuk mendesak kami supaya lebih efisyen walaupun banyak perkara dikendalikan kerajaan,” kata sumber.

Sumber : The Star

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here