Kucing parah dilanggar ‘pergi’, budak nangis teresak2 undang sayu netizen

Kasih-sayang tidak hanya tertumpu kepada sesama manusia sahaja. Oleh sebab itu, ramai daripada kalangan kita yang menjadikan beberapa jenis haiwan sebagai peliharaan di rumah.

Salah satunya adalah kucing kerana haiwan itu sangat manja dan jinak dengan manusia. Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang pengguna yang dikenali sebagai Nor Hidayah Abd Aziz telah menceritakan perihal anaknya yang meratapi kematian kucing kesayangannya.

Terkejut kucing dilanggar

Menurut perkongsian tersebut, kucingnya itu sangat akrab dengan anaknya dan kematian yang berpunca akibat dilanggar benar-benar memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut.

Sentiasa bersama-sama

Menurut Nor Hidayah, anak lelakinya sangat menyayangi kucing tersebut dan sentiasa bersama untuk bermain dengan kucing peliharaannya ketika berada di rumah dan waktu lapang.

Faham perasaan sedih dia

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook itu telah mendapat perhatian daripada warganet kerana tersentuh dengan esakkan anak lelakinya kerana terlihat begitu sedih atas kehilangan ‘rakan baiknya’.

Rata-rata mereka telah meninggalkan komen di ruangan Facebook dengan menzahirkan rasa simpati serta memberikan kata-kata semangat agar anak lelaki Nor Hidayah bersabar dan meredhakan pemergian kucing tersayang.

Memang terasalah bila dari kecil dah jaga

Kami pulak yang keluar air mata

Sumber : Nor Hidayah Abd Aziz

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here