Neelofa terkena Influenza A selepas pulang tunai haji

Selepas pulang ke tanah air, usahawan dan pengacara popular Noor Neelofa dijangkiti Influenza A dan kini dikuarantin selama seminggu di sebuah hospital di ibu kota.

Menerusi sebuah posting di laman Twitter, selebriti berusia 30 tahun itu dijangkiti virus berkenaan ketika dalam perjalanan ke Arab Saudi baru-baru ini.

Assalamualaikum…

Dear all, a message from Neelofa. Thank you for reading!

-Admin- pic.twitter.com/MOTUAVS7g8

— Neelofa (@Neelofa) August 21, 2019

“Dengan rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang telah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini.

“Saya juga terpaksa menolak dengan baik bagi menghadiri semua jemputan majlis dan sesiapa yang berhasrat untuk melawat saya kerana ia berjangkit,” katanya.

Tambah Neelofa, dia memohon doa orang ramai agar segera sembuh pada minggu depan dan kembali bekerja seperti biasa.

Semoga cepat sembuh!

Kami doakan Lofa!

Sumber : Neelofa

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here