Tunku Hanis beri sokongan padu terhadap Dr Zakir Naik

Penceramah bebas, Dr Zakir Naik yang didakwa menyentuh sensitiviti pelbagai kaum di Malaysia telah dilarang memberikan ceramah di semua medium termasuk menerusi laman media sosial.

Penceramah tersohor dari India itu menerima kecaman dan dikritik kerana didakwa rasis dan menyinggung perasaan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Semalam, pelakon Tunku Hanis telah membuat satu perkongsian di laman Instagram bersama penceramah terbabit yang sedang menjadi bualan hangat netizen ketika ini.

View this post on Instagram

Seluas langit, seluas lautan, seluas bumi sokongan saya buat Dr Zakir Naik! We need more people like him! To new gov, anda semua yang perlu keluar dari sini. Dr Zakir Naik would clearly not gonna debate with you people. ‘Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak akan pernah faham landasan ilmu’ – Imam Syafie. We malaysian muslim will forever have your back Doctor Zakir Naik! Tolonglah kita bersama-sama hentikan perkara mengarut ini di tanah islam ini. Perlembagaan malaysia : islam adalah agama rasmi dan kelebihan hak islam perlu melebihi segalanya! To other religion, if you dont like it, its better to be quiet. SHUT UP & JUST LISTEN! Thanks! New Malaysia, please stop with all these nonsense! We malaysian muslim will appreciate it very very much! Thanks again!

A post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on

Menerusi posting tersebut, pelakon berdarah kacukan Melayu, Arab dan Pakistan itu memuat naik gambar yang telah menerima pelbagai reaksi pengikutnya.

Menurut pelakon drama Leftenan Zana itu, dia menyatakan sokongan padu terhadap penceramah tersebut dan memerlukan individu seperti Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.

“Seluas langit, seluas lautan, seluas bumi sokongan saya buat Dr Zakir Naik! We need more people like him!” katanya.

Hanis juga berpesan kepada pihak tertentu untuk keluar dari Malaysia atas tindakan menghalang pendakwah bebas itu bagi mengadakan program ceramah di negara ini.

“To new gov, anda semua yang perlu keluar dari sini. Dr Zakir Naik would clearly not gonna debate with you people,” ujarnya.

Rata-rata netizen juga memberikan komen masing-masing dengan menyokong tindakan pelakon jelita itu kerana berani menyuarakan pendapatnya.

Berani kerana benar!

Terbaik sis!Bangga ada artis bersuara!

Namun ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan pelakon berusia 28 tahun itu dan berpendapat tiada pendakwah dari kaum lain memberikan ceramah tentang perbezaan agama.

Tetapi Hanis tetap membalas komen netizen itu dengan baik dan menerangkan dengan teliti mengenai isi kandungan ceramah yang sememangnya terkenal dengan topik utama iaitu perbandingan agama.

Sumber : Tunku Hanis

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here