Demi jaga anak terlantar dalam ICU, pakcik terpaksa merempat di kaki lima

Pernah tak korang terfikir nak menyapa orang yang tidak dikenali? Bila dah mula bercerita, rupanya ada kisah yang berat ditanggung oleh mereka.

Kejadian ini dialami sendiri oleh seorang pemuda, Armyn Syahh selepas bertemu dengan seorang pakcik yang disapa di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menerusi perkongsian di laman Twitter.

Hanya tergerak hati nak menyembang

Katanya menerusi bebenang, pakcik tersebut berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Sudah hampir sebulan duduk merempat di ibu kota kerana terpaka menjaga anak yang berada dalam wad ICU di Hospital Kuala Lumpur.

Difahamkan anaknya terlibat dalam kemalangan motosikal dan merupakan seorang pelajar tahun akhir peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Jumpa pakcik ni kat tbs. tergerak hati nak sembang dengan dia. katanya dari kuala nerang, kedah. nk dekat sebulan homeless kat kl sebab tunggu anak dia yang sekarang dekat ICU HKL. anak dia student UIA gombak, last semester degree. accident kena langgar naik motor. pic.twitter.com/1ef6s5EVEE

— armynsyahh (@armynsyahh) August 22, 2019

Hanya seorang penoreh & isteri dah lama tiadaPeluang anak sembuh 30%

Kalau betul cerita ni, kita sama-sama doakan dia…
Dah biasa tak makan sehari duaDia macam redha dengan semua yang jadi
Cari semula pakcik tersebut!

Tidak lama selepas itu, Armyn pergi semula TBS untuk mencari pakcik tersebut dengan harapan dapat membantu dengan lebih baik.

Tapi malangnya tak jumpa…

Tapi kata pemuda berkenaan, dia tetap bersangka baik dengan pakcik tersebut dan berharap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber : Armyn Syahh.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here