Gadis miliki kekurangan fizikal, Neelofa tampil beri kata2 semangat

Setiap orang pasti mempunyai tahap keyakinan diri yang berbeza. Keyakinan diri ini boleh jatuh terjunam ketika rasa diri tidak mempunyai kelebihan seperti orang lain.

Hal ini sering dialami oleh gadis istimewa Ain yang sering ‘insecure’ terhadap kekurangan fizikal wajahnya dan berasa kurang senang terhadap diri sendiri.

Jadi individu unik/berbeza takpe kan?

Gadis berusia 21 tahun itu berkongsi sebuah foto di laman Twitter berserta kapsyen yang berbunyi “t’s okayy to be different, right?” dengan mendapat lebih 41,000 tanda suka dan 9,500 ulang kicau oleh netizen.

it’s okayy to be different, right? 🙃 pic.twitter.com/6ebDpppWt0

— ain. (@ainhhzrn) August 23, 2019

Neelofa turut berikan kata2 semangat!

Paling menarik perhatian apabila dia telah menerima kata-kata semangat daripada pengacara popular, Neelofa sendiri melalui Twitter peribadinya!

Menerusi tweet tersebut, Neelofa turut memuji Ain kelihatan sangat cantik dan tidak perlu risau untuk menjadi sesuatu yang berbeza daripada orang lain.

Baik sungguh hati Neelofa! Ramai bersetuju dengan kata2 Neelofa

Tak ada beza, kita semua sama…
Ramai berikan semangat untuk Ain…

Warganet lain turut memberikan kata-kata positif pada ruangan komen dimana lebanyakkan mereka berkata Ain tidak perlu risau dengan perbezaan yang ada pada dirinya itu.

Cantik dengan cara yang tersendiri!

Perbezaan bukan sesuatu benda yang buruk

Semangat seperti ini yang kita mahukan! Saling menyokong antara untuk satu sama lain tanpa menghiraukan perbezaan yang ada dalam diri masing-masing.

Sumber : Ainhhzrn.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here