Gambar kahwin belum sempat siap, doktor lelaki maut kereta terbabas

Baru sahaja seminggu mendirikan rumah tangga, seorang doktor wanita terpaksa menerima hakikat bahawa suaminya pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya akibat kemalangan jalan raya.

Suaminya yang juga seorang doktor di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Perlis maut setelah kereta yang dipandunya terbabas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian berlaku pada pagi semalam itu mengejutkan pelbagai pihak termasuk jurugambar perkahwinan mereka, Nor Asyilah Firzan dengan memuat naik beberapa posting di laman Facebook.

“Inai masih merah”

“Nanti nak ‘consult’ album kahwin, aku tak sanggup ya Allah…”“Mereka tersenyum ketawa ketika rakam gambar kahwin”
“Kuatkanlah isterinya” “Sebak baca kapsyen di IG”

Turut mengundang sayu apabila arwah yang berusia 28 tahun itu telah lama kehilangan ibu bapa, malah sempat memberikan dedikasi buat keluarga barunya di laman Instagram.

“Semoga kekal hingga ke syurga”“Dah lama tak guna perkataan mak & ayah”Antara luahan rakan2 baik :

Hi,This morning, I was shocked and grief-stricken by the death of one close friend of mine, Mohammad Farid Ismail, my…

Posted by Mohamed Alwakeel on Friday, August 23, 2019

😭😭😭 ذكريات مع المرحوماللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Posted by Ilyas Yusop on Friday, August 23, 2019

Sumber : Astro Awani , Nor Asyilah Firzan , Nidzomuddin Ismail

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here