Lagi senang daripada rumi, pakcik Cina dah sebati dengan tulisan jawi

Isu penggunaan tulisan jawi dan seni khat dalam kalangan murid dan pelajar menjadi topik perbincangan hangat sejak kebelakangan ini.

Namun bagi Owee Ching Iyu, dia amat meminati tulisan jawi malah sering menggunakannya dalam kehidupan seharian walaupun tahu menulis rumi.

Semua bermula ketika warga emas berusia 77 tahun itu berusia sembilan tahun sewaktu memasuki alam persekolahan di Sekolah Melayu Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Menurut Iyu, dia mengakui tidak pandai menulis tulisan Cina kerana tidak mendapat pendidikan formal dalam subjek berkenaan.

“Saya sering gunakan tulisan jawi untuk kegunaan harian contohnya untuk menanda tarikh-tarikh penting untuk aktiviti pertanian kerana saya bekerja sebagai petani di kampung.
“Belajar jawi pada mulanya susah tapi bila dah berjaya kuasainya, ia lebih mudah berbanding tulisan rumi. Cuma sekarang ejaan-ejaan dalam jawi sedikit berbeza ketika saya mula-mula belajar dahulu,” katanya.

View this post on Instagram

Admin cabar anda semua tulis semula serangkap pantun di ruangan komen yang ditulis oleh warga emas, Owee Ching Iyu dalam tulisan jawi ini di rumahnya di Pasir Mas, Kelantan. Kagum dan bangga bila ada rakyat Malaysia bangsa lain mampu menulis dan membaca tulisan jawi. Anda jangan baca tergagap-gagap pula ya. #kosmo #bangsacinatulisjawi #merdeka #sokongutusankosmo #beliutusankosmo #berjuangbersamautusankosmo #terimakasihbersama #bersamaselamanya Foto oleh Bernama

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) on

Posting dalam memartabatkan satu warisan budaya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji kehebatan Iyu dalam menghasilkan tulisan jawi yang cantik seperti itu.

Cantiknya tulisan pakcik!

Semua kaum cakap loghat yang sama di Kelantan!
Bagus pakcik ni! Senang bacaTerbaik la pakcik!

Sumber : Bernama , Kosmo! Online

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here