Vanidah Imran jadi pesilat, wakil negara lawan Korea

Selepas membawa status solo sejak tahun lalu, pelakon Vanidah Imran kelihatan sibuk dengan aktiviti ketahanan fizikal selain terlibat dalam pementasan teater.

Terbaru, pelakon berusia 46 tahun itu bakal mewakili negara ke pertandingan seni pertahanan diri antarabangsa, 2019 Chungju World Martial Arts Masterships di Korea Selatan.

Menurut Vanidah, dia menyertai 19 lagi pesilat profesional daripada Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia ke negara tersebut pada 29 Ogos ini.

View this post on Instagram

Sering kali dikenali dengan gelaran Wanita Melayu Terakhir, Vanidah Imran atau lebih mesra dengan panggilan Vee bakal mewakili negara ke pertandingan seni pertahanan diri antarabangsa, 2019 Chungju World Martial Arts Masterships, di Korea Selatan. Vee akan terbang bersama-sama 19 lagi pesilat profesional daripada Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia pada 29 Ogos ini. How amazing is this? Kami bangga! Semoga semuanya dipermudahkan di sana. Hos lokasi ; @myazulkifli #hlive #vanidahimran

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

“Di sana, saya akan bertanding dalam kategori berkumpulan. Ia tentu sahaja peluang cukup bermakna selepas lebih dua bulan menjalani latihan pesat.

“Hingga saat ini, saya tidak pernah terlintas untuk bertanding atau mewakili Malaysia dalam pertandingan sebegini.

“Saya hanya belajar silat untuk mempertahankan diri selain tuntutan watak, seperti ketika terbabit dalam pementasan teater Mahsuri di Istana Budaya.

“Sejak awal membabitkan diri dalam seni, saya sudah mula belajar asas silat, namun tidak pernah terlintas untuk serius sehingga memasuki pertandingan,” katanya.

Sumber : BH Online , Hlive

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here