Video budak merajuk buat ramai terhibur, lari dari rumah siap bawa khemah

Masa zaman kecil-kecil dulu, boleh dikatakan ramai juga pernah merajuk. Tak kira lah sebab apa! Tapi biasanya, kes merajuk ni terjadi kalau lepas kena marah ataupun tak dapat apa yang dimahukan.

Seorang budak lelaki dikenali sebagai Atif bertindak untuk ‘melarikan diri’ daripada rumah kerana merajuk. Alahai! Comel sangat ni.

Sebuah video merajuk adik Atif telah dimuat naik oleh Fyqa Syazana dan mendapat lebih 136,000 tontonan di laman Twitter.

Merajuk-rajuk nak kemana tu?

Video berkenaan kelihatan Atif berjalan seorangan sambil menggalas sebuah beg berbentuk minion. Tambah lucu apabila dia membawa sebuah khemah yang digunakan untuk berteduh.

hahahaha atif lari rumah sebab merajuk 😂😂 baka merajuk turun temurun ni dari warisan keluarga ke ? pic.twitter.com/D5r3b0tb6B

— fyqasyazana (@fyqasyazana) August 22, 2019

Ramai yang terhibur…

Selepas menonton video tersebut, netizen terhibur melihat gelagat adik Atif yang sedang merajuk itu. Ramai juga mengimbau kembali kenangan masa kecil akibat merajuk dengan keluarga.

Dia lari rumah siap bawa khemah!

“Semua tak sayang aku…”
Banyak pulak buat spekulasiAkhirnya balik rumah sebab lapar…
Memberontak jiwa remaja…

Terhibur betul dengan gelagat adik Atif ni! Tak sangka pulak budak zaman sekarang ni pandai buat persiapan nak ‘lari’ rumah. Nasib baiklah sempat dikejarnya budak tu.

Sumber : Fyqa Syazana.

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here