Bagai pinang dibelah dua, ‘raja runut bunyi’ Ippo Hafiz sah bergelar suami

Pelantun lagu-lagu runut bunyi untuk kebanyakkan drama di kaca televisyen, Ippo Hafiz dikhabarkan telah selamat bergelar suami pada jam 9.22 malam semalam. Mengenakan persalinan baju Melayu berona biru cair, Ippo terlihat segak ketika majlis pernikahannya.

Sah bergelar suami

Memilih suri hati bernama Norfarahin Mohd Roslan, 31, sebagai peneman hidup, Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 30 sah bergelar ketua keluarga dengan sekali lafaz setelah dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan.

Ippo telah membuat lintas langsung di Instagramnya semasa majlis pernikahan berjalan. Gambar-gambar sepanjang majlis telah dimuat naik ke media sosial tersebut sebagai tatapan para peminatnya.

Selamat pengantin baru

Majlis yang diadakan di Impian Abadi, Jalan Ampang, Kuala Lumpur telah memperlihatkan pengantin perempuan menerima RM20,000 sebagai wang hantaran bersama tujuh dulang hantaran. Ippo turut menyerahkan RM80 kepada isteri sebagai mas kahwin.

Sehubungan dengan itu, menerusi Instagram penyanyi lagu Kekal Bahagia ini, rata-rata peminat telah mengucapkan selamat pengantin baru kepadanya dan mendoakan tali pernikahan yang terbina ini kekal hingga ke Jannah.

Nampak sepadan dua2 mempelai niTahniah Ippo & isteriSemoga berkekalan hingga ke anak cucu

Sumber : Ippo Hafiz, Astro Awani

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here