Perut dah nampak ‘baby bump’, Fasha Sandha hamil sekali lagi?

Kelahiran cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang berkahwin, begitu juga dengan pasangan selebriti, Fasha Sandha dan Aidil Aziz, pasti mengharapkan zuriat mereka sendiri.

Sebelum ini, pasangan itu telah diduga dengan satu kehilangan, apabila anak yang dikandungkan Fasha tidak dapat diselamatkan dan pelakon itu disahkan keguguran pada Jun lalu.

Nampak baby bump, hamil ke?

Namun, baru-baru ini mula timbul spekulasi dalam kalangan peminat apabila mereka mengesyaki ada sesuatu yang lain pada perubahahn tubuh badan pelakon itu.

Ada yang mendakwa Fasha sudah hamil sekali lagi, berdasarkan foto yang dimuat naik di IG miliknya memperlihatkan, rupa perutnya yang agak berisi dan kelihatan seperti baby bump.

Walaupun tiada pengesahan dibuat oleh pelakon itu, rata-rata pengikutnya di Instagram tetap mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik-baik buat pelakon kesayangan mereka itu.

Sumber : Fasha Sandha

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here