“Terima kasih abang!” – Reaksi adik dapat mainan baru buat pemuda ini terharu

Setiap individu pastinya sukakan kejutan yang menggembirakan. Lebih-lebih lagi jika individu itu adalah kanak-kanak. Sudah tentu diri mereka terasa dihargai oleh orang dewasa.

Abang buat surprise dekat adik2

Menerusi satu perkongsian di Twitter milik seorang pengguna, dia telah memuat naik satu video memaparkan adik-adiknya bersorak kegembiraan apabila dia memberikan kejutan dengan menghadiahkan satu set permainan bayblade kepada mereka.

Muhd. Hamqa pada asalnya telah meminta adik lelakinya yang tengah leka bermain untuk membantunya mengambil barang di bawah meja. Setelah adiknya melihat barang yang dimaksudkan, secara spontan dia telah menjerit kerana berasa teruja.

That reaction buat aku terharu 😭 abang doakan adik2 jadi anak soleh , belajar pandai2 ye 💙 pic.twitter.com/prISmxfoUU

— Muhd Hamqa (@m_hamqa) August 23, 2019

Video yang berdurasi hampir seminit itu sungguh mengharukan kerana adik-adiknya tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Hamqa di atas hadiah yang diberikan.

Semoga adik2 jadi anak yang soleh & tekun belajar

Sehubungan dengan itu, Hamqa berharap agar adik-adiknya akan membesar dengan menjadi anak yang soleh dan tidak lupa untuk tekun belajar selepas ini.

Perkara paling bahagia ialah gembirakan keluarga

Menjengah keruangan komen pula, rata-rata warganet turut berasa terharu dengan reaksi adik-adik Hamqa apabila menerima hadiah. Mereka menyatakan bahawa adik-adik Hamqa terlihat sangat comel apabila mengucapkan terima kasih kepada abang mereka kerana terlalu gembira dengan pemberian itu.

Video ni buat aku menangis

Kenapa diorang comel sangat?Reaksi mereka buat aku rindu adik2

Sumber : Muhd Hamqa

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here