TGV tayang semula filem P.Ramlee sempena menyambut bulan kemerdekaan

Meskipun filem Seniman Tan Siri P.Ramle sudah berusia puluhan tahun lamanya, namun setiap hasil karya seninya itu masih tidak jemu untuk ditonton.

Kualiti hasil karya P.Ramlee yang penuh dengan unsur nasihat dan tauladan, pada masa yang sama masih mampu menghiburkan membuatkan setiap babak-babak dalam filemnya masih diingati sehingga sekarang.

Namun, dek kerana kepesatan arus pemodenan, boleh jadi bahawa generasi muda akan datan tidak lagi mengenali dan mengetahui siapakah seniman Agung, P. Ramlee.

TGV tayang semula filem P.Ramlee di panggung

Justeru, bagi mendedahkan generasi muda dengan hasil karya seniman Agung. Bersempena dengan bulan kemerdekaan, pihak TGV telah bekerjasama dengan Shaw Brothers untuk menayangkan semula 5 filem lakonan Tan Sri P.Ramlee.

[TGV The Gemilang Vibes]

"Di Mana Kan Ku Cari Ganti…" 🎶

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menggamit memori filem P. Ramlee eksklusif di TGV Cinemas.

Dapatkan tiket anda sekarang!#TGVCinemas#TheGemilangVibes#MYTGV62#PRamlee pic.twitter.com/K8JEvJOXh1

— TGV Cinemas (@TGVCinemas) August 21, 2019

Filem yang bakal ditayangkan adalah Anakku Sazali, Nujum Pak Belalang, Labu Labi, Ibu Mertuaku, dan Madu Tiga, ini adalah antara filem yang menjadi kegemaran ramai.

Bagaikan kembali zaman silam, dengan menayangkan semula filem-filem klasik ini di panggung wayang, dapatlag kita sebagai generasi muda merasai semula pengalaman yang sama dinikmati oleh datuk dan nenek mereka waktu ketika dahulu.

Diharapkan, dengan inisiatif ini dapatlah generasi muda melihat hasil karya seni seorang seniman yang boleh dikatakan satu dalam seribu.

Sumber : TGV Cinemas

Komen

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here